Saturday, May 21, 2011

coretan


Kalau bercakap pasal percintaan,aku masih belum layak untuk dijadikan tempat rujukan ataupon tempat untuk memberi nasihat kepada mereka yang mengalami situasi yang sukar dalam sesuatu perhubungan,kerana aku sendiri masih mencari-cari dimanakah cinta untukku.
Bukan salahku bila aku ditakdirkan jatuh cinta pada sahabat baikku sendiri.cinta itu terlalu mudah untuk ia datang namun tidak semudah yang disangka untuk dibuang.perasaan ini bukan satu permainan.ianya nyata,walaupun kite tidak mampu menyentuhnya.perasaan bukan bahan mainan ataupun bahan ejekkan.
Urmmm dimalam ini aku terfikir,dimanakah diriku dalam hatinya,adakah hanya sekadar sahabat diwaktu2 die memerlukanku ataupun aku seorang insan yang hanya menagih cintanya sehingga mati??

                                                      

Friday, May 20, 2011

bOrAK pETanG!!


Okey..sekarang ni yun nak bincangkan satu topic dekat  korang semua.
Korang penah terfikir tak dengan cara panggilan kita kepada seseorang???
Maksud yun.kenapa bile kite bercakap dengan kawan kita,kita menggunakan bahasa “aku” dan “kau”...dan kenapa bila kita bercakap dengan kekasih kita.kita menggunakan perkataan “saya”, “awak”..(tak termasuk dengan panggilan “pa~ma”,”abg~ayg” dan sebagainya.ekekeke)
Hurmmm cube fikirkan...
bile kita bahasakan diri kita “kau” dan “aku” dengan kawan kita,kite bebas untuk berbual  apa saje dengannya,.kadang-kadang,hmpir setiap masalah kite bincangkan sebab kite sendiri selesa dengan panggilan cam gitu..bagaikan tiada halangan untuk kite bercerita.bukankah perkataan “aku” dan “kau” tu sangat rapat???so.bile persahabatan itu dinaik tarafkan.kenapa panggil “saya” dan “awak” pulak???bukankerr perkataan “saya” dan “awak” tuhh membuatkan satu jurang dalam sesebuah ikatan.???
Hurmmm perkataan “saya” dan “awak” tuhh hanya sesuai bila kita baru je kenal dengan die......bukankah begitu?
Bukankah kekasih kite tuhh sepatutnya menjadi orang yang terapat dalam diri kita??kenapa kita x panggil die dengan perkataan “aku” dan “kau” dengan kekasih kite??
Mungkin sebab perkataan “aku” dan “kau” tu x sesuai untuk kekasih sebab perkataan itu terlalu keras untuk kite bahas bersama kekasih??macam tuh ke???
So.kemukakanlah pandangan korang kat sini,sebb setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza2...huhuh..tq..peace!!

Saturday, April 2, 2011

Hasil Nurkilan (3)

TERIMALAH CINTA ITU SEADANYA..

Setiap insan mengimpikan sebuah perhubungan yang berkekalan....setiap pasangan juga mengimpikan cintanya melebihi dari jinjang pelamin...namun....bukan semudah yang disangka untuk perolehi cinta sejati..cinta sejati sukar dicari...mencarinya umpama mencari sebutir mutiara di dasar lautan...hanya insan-insan yang bertuah sahaja akan mendapatkan cinta sejati...
Setiap pasangan mesti menerima keadaan pasangannya tidak kira dari segi fizikal ataupun mental...jika pasangannya berubah menjadi seseorang yang lain untuk memuaskan hati kekasihnya...itukah  dipanggil cinta??...cinta memerlukan pegorbanan..menerima dirinya seadanya salah satu faktor dalam bercinta....jika rupa paras menjadi ukuran...dimanakah ukuran sebuah percintaan??? Jika harta dijadikan  sandaran...dimanakah erti sebuah kejujuran....dan jika tidak memberi kepercayaan...dimana letaknya kesetiaan??
Belajarlah menyintai dan terimalah orang yang dicintai seadanya kerana cintanya begitu indah dan berharga...jangan biarkan cinta itu pergi kerana bila ia pergi..ia tidak akan menoleh lagi...

                                            
                                                          Hasil nurkilan Yun Eyunnie


group nasyid ilp




Assalammualaikom..eheheh saje je aq nk memperkenalkan kumpulan nasyid mase zaman-zaman di ilp mersing..ekek...ini adalah group nasyid ilp mersing..name kumpulan ni QHURATUL AINI..pic ni diambil sebelum pertandingan nesyid anjuran kemas kat dewan besar ilpmersing.walaupun time ni nervous gilerr...tapi pic tetap amik beb!! 2 yang paling depan tuh adalah penyanyi utama kumpulan ini..agak2 korang...kenal x salah seorang penyanyi utama tuh??? aikk...

hah..ini yang aq nak kenalkan...yang dok tengah2 tuh adalah pengarah ilp mersing..manakala yang kat tepi kanan & kiri tu.adalah jurulatih
kumpulan kami...huhu..time ni kumpulan kami dapat no 2 daripada 5 yang bertanding..kire ok la tuh kan..
dapat gak la merasa pi makan kat hotel..ekeke

imbas kenangan lame sy

Add caption


Ini adalah Ex-class mate mase blajar
kat Institute Latihan Perindustrian
Mersing(ILP MERSING).
bagi sesi 01/2009 .

ini adalah
pic2 yang 
diambil semasa
berada di ilp.kiteorang ni lebih aktif bergambar dari mentelaah buku@assigment...





 selain daripada belajar.
kami jugak menyertai
badan petahanan awam..
<<wajah ahli pertahanan
     awam.ikikiki 


ekeke...tgk.sape yang kiteorang
jumpe...dato hishammudin 
agi taw..huhu....hurmm
rindunyerr saat2 berada di ilp mersing...
kenangan ini akan sentiasa terpahat dihati...
love u ilp mersing,,,







Thursday, March 31, 2011

kelab novel

Bile La Aku Nak Dapat Beli NOvel NI...SiNopsis Cam Best Jer!!!

 
Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu.                          Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malahlelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan TengkuKhuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?






about me!

                      ABout ME!!!

Nama             : Wan Nor Idayu Binti Wan Zin,
Nama Glemor : Yun Eyunnie
Tarikh Lahir    : 30 March
Tempat Lahir  : Hospital sultanah Aminah JB
Hobi               : membaca @ menulis novel.Outdoor Sport
Impian            : Menjadi seorang penulis novel..

Wednesday, March 30, 2011

Hasil Nurkilan (2)

Erti Sahabat

Kata orang,persahabatan itu indah,,setiap insan memerlukan kawan..dan didunia ini terdapat pelbagai jenis kawan..
Ada kawan karib,ada kawan baik,ada kawan rapat..gelaran ini diberikan kerana sang sahabat beranggapan bahawa kawannya itu seorang yang memahami,sentiasa ada bersama tetapi betulkah mereka itu begitu memahami diri kita??
Kadang-kadang,mereka ada diwaktu senang..dan tidak diwaktu susah tetapi ada juga yang bersama di waktu susah tetapi hatinya tisak henti-henti merunggut..adakah menjadi beban jika bersama dengan kawan yang sedang menghadapi masaalah…Ketika mereka menghadapi mesaalah,mereka sangat memerlukan seorang kawan yang akan menemaninya..memberi semangat kepadanya dan selalu berada disampingnya..namun jika mendapat sahabat yang hanya mampu bersama kita diwaktu senang..tidakkah sedih?? Bagaimana jika kita berada ditempatnya.Memang benarlah…mencari seorang sahabat umpama mencari sebutir permata di timbunan kaca.begitu ramai insan didunia ini sanggup menjadi kawan kita..tetapi berapa ramaikah kawan kita yang sanggup berkorban dan menangis kerana kita????
Dan bagaimanakah aku dimata sahabatku…adakah aku hanya seorang kawan tidak kira diwaktu senang atau susah dan sanggup pula menangis dan berkorban kerananya atau aku hanyalah seorang kawan yang ingin berkawan kerana bimbang diriku kesunyian tanpa insan yang bergelar teman?????

Hasil nurkilan yun eyunnie

Hasil Nurkilan (1)

IZINKAN AKU TERUS MENCINTAIMU..

Begitu indah bila kita menyedari bahawa kita menyintai seseorang.dan disaat itu kitalah orang yang paling bahagia di muka bumi..disaat itu juga kita merasakan kehangatan cinta yang menunggu kita dimasa akan datang...
Tetapi..disaat kita meraih kegembiraan itu..kita lupa pada hati orang yang kita cinta...disaat kita mula memikirkannya....terdapat soalan yang kita sendiri tiada jawapannya...
Adakah kau juga menyintaiku???adakah kau akan suka bila aku memberitahu yang aku sudah jatuh cinta padamu...adakah kau akan bahagia disampingku....soalan demi soalan..namun aku tidak tahu jawapan yang akan kau berikan....Aku terkelu...beranikah aku untuk meluahkan perasaanku..mampukah aku mengucapkan kalimah cinta kepadamu...adakah aku akan Berjaya...Persahabat kita terlalu indah...sanggupkah aku mencemari persahabatan yang indah itu dengan perasaan cintaku padamu...arghhhh aku terdiam..ligat mencari idea dan jalan yang paling mudah untuk ku ikut...namun sampai disaat ini aku masih belum menemukan jalannya....
Aku takut kau tidak dapat menerima perasaanku dan persahabat kita hancur begitu sahaja..
Jalan terbaik buat saat ini hanyalah berdiam diri..hanya itu jalan yang membuatkan aku tidak kehilanganmu...biarlah aku sahaja yang menyimpan perasaan ini..biarlah ia terkubur dihati ini...biarlah...asalkan kau berada denganku walaupun sebagai seorang sahabat...
Jika suatu hari nanti..kau bertemu dengan insan yang kau pilih untuk dijadikan permaisuri hatimu...aku redha dan rela demi kebahagianmu...disaat itu aku akan pergi jauh dari hidupmu...selamanya....satu ku pinta.....izinkan aku menyimpan kenangan bahawa aku pernah menyintaimu.....

Hasil nurkilan Yun Eyunnie