Thursday, March 31, 2011

kelab novel

Bile La Aku Nak Dapat Beli NOvel NI...SiNopsis Cam Best Jer!!!

 
Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu.                          Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malahlelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan TengkuKhuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?






5 comments: