Thursday, March 31, 2011

kelab novel

Bile La Aku Nak Dapat Beli NOvel NI...SiNopsis Cam Best Jer!!!

 
Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu.                          Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malahlelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan TengkuKhuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?


Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?






about me!

                      ABout ME!!!

Nama             : Wan Nor Idayu Binti Wan Zin,
Nama Glemor : Yun Eyunnie
Tarikh Lahir    : 30 March
Tempat Lahir  : Hospital sultanah Aminah JB
Hobi               : membaca @ menulis novel.Outdoor Sport
Impian            : Menjadi seorang penulis novel..

Wednesday, March 30, 2011

Hasil Nurkilan (2)

Erti Sahabat

Kata orang,persahabatan itu indah,,setiap insan memerlukan kawan..dan didunia ini terdapat pelbagai jenis kawan..
Ada kawan karib,ada kawan baik,ada kawan rapat..gelaran ini diberikan kerana sang sahabat beranggapan bahawa kawannya itu seorang yang memahami,sentiasa ada bersama tetapi betulkah mereka itu begitu memahami diri kita??
Kadang-kadang,mereka ada diwaktu senang..dan tidak diwaktu susah tetapi ada juga yang bersama di waktu susah tetapi hatinya tisak henti-henti merunggut..adakah menjadi beban jika bersama dengan kawan yang sedang menghadapi masaalah…Ketika mereka menghadapi mesaalah,mereka sangat memerlukan seorang kawan yang akan menemaninya..memberi semangat kepadanya dan selalu berada disampingnya..namun jika mendapat sahabat yang hanya mampu bersama kita diwaktu senang..tidakkah sedih?? Bagaimana jika kita berada ditempatnya.Memang benarlah…mencari seorang sahabat umpama mencari sebutir permata di timbunan kaca.begitu ramai insan didunia ini sanggup menjadi kawan kita..tetapi berapa ramaikah kawan kita yang sanggup berkorban dan menangis kerana kita????
Dan bagaimanakah aku dimata sahabatku…adakah aku hanya seorang kawan tidak kira diwaktu senang atau susah dan sanggup pula menangis dan berkorban kerananya atau aku hanyalah seorang kawan yang ingin berkawan kerana bimbang diriku kesunyian tanpa insan yang bergelar teman?????

Hasil nurkilan yun eyunnie

Hasil Nurkilan (1)

IZINKAN AKU TERUS MENCINTAIMU..

Begitu indah bila kita menyedari bahawa kita menyintai seseorang.dan disaat itu kitalah orang yang paling bahagia di muka bumi..disaat itu juga kita merasakan kehangatan cinta yang menunggu kita dimasa akan datang...
Tetapi..disaat kita meraih kegembiraan itu..kita lupa pada hati orang yang kita cinta...disaat kita mula memikirkannya....terdapat soalan yang kita sendiri tiada jawapannya...
Adakah kau juga menyintaiku???adakah kau akan suka bila aku memberitahu yang aku sudah jatuh cinta padamu...adakah kau akan bahagia disampingku....soalan demi soalan..namun aku tidak tahu jawapan yang akan kau berikan....Aku terkelu...beranikah aku untuk meluahkan perasaanku..mampukah aku mengucapkan kalimah cinta kepadamu...adakah aku akan Berjaya...Persahabat kita terlalu indah...sanggupkah aku mencemari persahabatan yang indah itu dengan perasaan cintaku padamu...arghhhh aku terdiam..ligat mencari idea dan jalan yang paling mudah untuk ku ikut...namun sampai disaat ini aku masih belum menemukan jalannya....
Aku takut kau tidak dapat menerima perasaanku dan persahabat kita hancur begitu sahaja..
Jalan terbaik buat saat ini hanyalah berdiam diri..hanya itu jalan yang membuatkan aku tidak kehilanganmu...biarlah aku sahaja yang menyimpan perasaan ini..biarlah ia terkubur dihati ini...biarlah...asalkan kau berada denganku walaupun sebagai seorang sahabat...
Jika suatu hari nanti..kau bertemu dengan insan yang kau pilih untuk dijadikan permaisuri hatimu...aku redha dan rela demi kebahagianmu...disaat itu aku akan pergi jauh dari hidupmu...selamanya....satu ku pinta.....izinkan aku menyimpan kenangan bahawa aku pernah menyintaimu.....

Hasil nurkilan Yun Eyunnie